Angkatan Muda Tasek Gelugor memulakan langkah tahun baru dengan membuka Kaunter Infomasi Keadilan pada setiap hari Khamis malam Jumaat di Pasar Malam Tasek Gelugor.Kaunter ini membolehkan rakyat di Tasek Gelugor mendapat infomasi-infomasi terkini seperti Suara Keadilan, risalah isu-isu semasa dan cd ceramah terbaru.Selain itu bagi yang belum mendaftar sebagai pemilih, ahli dan sukarelawan juga boleh membuat pendaftaran di kaunter ini.
AMK juga akan menyediakan tayangan video seperti dokumentari dan ceramah.AMK yakin dengan adanya kaunter infomasi seperti ini rakyat dapat memperolehi maklumat yang jelas dan benar selain media arus perdana yang sering menyelewengkan fakta.Buat AMK Tasek Gelugor syabas atas usaha anda teruskan perjuangan daulatkan kuasa rakyat!
Filed under: Uncategorized | Leave a Comment »
